Wednesday, 27 February 2013

MODUL KOKURIKULUM


Huraian :  Perkara 10.        MODUL LATIHAN DAN PEMBELAJARAN
                                                                       
a) Asas-asas seni persembahan pentas di Malaysia
            - Meliputi cara penyampaian persembahan, berkomunikasi dengan penonton melalui      persembahan, tatacara dan disiplin sebelum, semasa dan selepas persembahan dan tatacara pengurusan pentas. Mengenal cara penyampaian Puisi klasik seperti syair, gurindam, seloka, pantun dan puisi moden seperti sajak.

b) Asas-asas seni tarian di Malaysia
            - Mengenal asal-usul tarian melayu, tarian pelbagai bangsa dan etnik, langkah-langkah asas tarian, pola lantai atau formasi, disiplin persembahan serta pengendalian   keseragaman tari.

c) Asas-asas seni lakonan pentas (teater untuk pendidikan)
            - Mengenal asal-usul seni lakon nusantara, sejarah aliran serta zaman, memahami teks drama KOMSAS Bahasa Melayu KBSM, KOMSAS Bahasa Inggeris KBSM dan    Kesusasteraan Melayu KBSM serta asas-asas lakonan mengikut aliran zaman.

d) Asas-asas seni pembuatan filem (filem pendek, iklan dan filem mega)
            - Mengenal jenis-jenis filem, aliran filem, tahun pembikinan, kritikan,
penganugerahan, sinematografi, aspek asas, storyboard, cara asas menghasilkan
filem, teknik kamera, skrip, suntingan, animasi, boom dan audio, alih suara dan alih
bahasa, menghargai filem.

e) Asas-asas nyanyian Melayu (nyanyian tradisional dan patriotik Malaysia)
            - Meliputi latihan asas suara dan lontaran vokal secara tradisional, mengenal asal-usul             nyanyian tradisional, etnik dan patriotik serta cara membuat tarikan terhadap persembahan nyayian klasik Melayu dan koir.

f) Asas-asas seni muzik tradisional Malaysia
            - Pengenalan kepada alat muzik tradisional yang meliputi alat muzik bertali seperti      gambus dan rebab, alat muzik kulit seperti rebana dan kompang, alat muzik bertiup      seperti serunai dan nafiri  dan alat muzik paluan besi seperti gong, bonang gamelan   dan kulintangan serta  tatacara permainan alatan tersebut.

g) Kebudayaan antara kaum di Malaysia
            - Mengenal seni persembahan pelbagai kaum di Malaysia, mempelajari serta     menghormati seni persembahan tersebut.

AMALI
a) persembahan mendendangkan syair, gurindam, seloka dan pantun serta mendeklemasi  sajak.
b) Persembahan tarian joget, inang dan zapin.
c) Persembahan petikan Teater Bangsawan.
d) Persembahan nyanyian asli dan patriotik.
e) Persembahan paluan kompang dan formasi.
f) Persembahan 1 tradisi dari pelbagai kaum yang berbeza di Malaysia
g) Penayangan Filem pelbagai genre dan sesi kritikan
h) Penghasilan Iklan dan filem Pendek

No comments:

Post a Comment