Wednesday 27 February 2013

KERTAS KERJA PROGRAM


PROGRAM PEMBANGUNAN
kelab  SENI  BUDAYA  dan perfileman
SMK membakut 2
2013 - 2015

1.      LATAR BELAKANG

            Umumnya aktiviti seni budaya dan perfileman sama ada untuk pertandingan mahupun untuk tujuan pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut 2 ini, ibarat hidup segan mati tak mahu. Selain daripada perjumpaan mingguan Seni Budaya dan Perfileman (yang dulunnya dikenali sebagai Kelab Seni Filem), tidak pernah ada pertandingan seperti pertandingan tarian, teater, drama komsas dan filem pendek yang disertai oleh pelajar sekolah ini secara sukarela mahupun atas arahan sekolah. Apatah lagi pertandingan besar tahunan antara sekolah seperti Pertandingan Tarian Sekolah-sekolah Menengah Malaysia, Pertandingan Drama Ingerís Sekolah-sekolah Menengah Malaysia, Pertandingan Nyanyian Patriotik, Pertandingan Lagu Asli, Pertandingan penghasilan Video Pendek dan Iklan, dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, menjelang tahun 2012/2013 bermulanya pra projek pembangunan seni budaya dan perfileman di sekolah ini. Dan seterusnya harapan agar pada tahun 2014 Daerah Beaufort umumnya dan Daerah Kecil Membakut khususnya akan menghantar pasukan SMK Membakut 2 sebagai wakil daerah ke pertandingan-pertandingan seumpamanya kelak, buat pertama kalinya.

2.      MATLAMAT

            Perancangan program Pembangunan Seni Budaya dan Perfileman ini adalah bertujuan untuk menjadikan SMK Membakut 2 sebagai Pusat Pengembangan serta Pembelajaran Seni Budaya, Seni Persembahan dan Seni Perfileman dalam Daerah Beaufort yang ulung agar Daerah Beaufort setanding dengan daerah lain seperti Bandaraya Kota Kinabalu dan daerah-daerah lain dalam Negeri Sabah dalam aspek seni kebudayaan dan perfileman.


3.      OBJEKTIF

1.             Menjadikan SMK Membakut 2 dan Daerah Beaufort sebagai antara ’hab’ seni budaya ulung di Negeri Sabah.
2.             Melahirkan pelajar, guru dan masyarakat yang celik kesenian dan kebudayaan rakyat Malaysia.
3.             Melahirkan pelajar, guru dan masyarakat yang celik seni dan kritikan filem keluaran Malaysia dan antarabangsa.
4.             Melatih pelajar mematuhi disiplin sama ada secara fizikal , mental dan emosi yang berkesan dalam menghadapi kehidupan yang mencabar pada masa akan datang.
  
4.      SASARAN

a)   Pada peringkat permulaan, sasaran adalah para pelajar tingkatan 1, 2 dan 4, terutamanya ahli Kelab Seni Budaya dan Perfileman SMK Membakut 2
b)    Gelombang kedua ialah para pelajar serta guru sekolah luar sama ada menengah atau rendah dalam Daerah Beaufort.
c)    Sasaran ketiga ialah kepada belia pemuda dan pemudi di sekitar kawasan sekolah ini.


5.      JANGKA MASA PROGRAM  

            a) Pra – 2012/2013 (sepanjang tahun)
            b) aktiviti berjadual sepanjang tahun – bermula 2013

6.      SUMBER KEWANGAN
            Pembiayaan Unit Kokurikulum SMK Membakut 2 .
            Ihsan PIBG SMK Membakut 2.

7.      CADANGAN AKTIVITI PROGRAM
       
a) Aktiviti semasa kelas Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
            Pendedahan secara teratur dan bersistem dikendalikan semasa kelas.
            Kelas yang terpilih ialah kelas tingkatan 4.

b) Aktiviti waktu petang
            Terbuka kepada semua pelajar yang berminat.
            Pendedahan dan pembelajaran mengenai asas-asas tarian Malaysia.
            Masa latihan bermula pada jam 4.30 petang hingga jam 5.30 petang.
            Hari latihan ialah pada hari selasa dan khamis.
            Diadakan sepanjang tahun.

c) Aktiviti hujung minggu
                Terbuka kepada semua yang berminat.
                        Pendedahan berperingkat mengenai asas-asas seni persembahan dan
perfileman Malaysia.
                        Masa latihan bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari.
                        Hari latihan ialah pada setiap sabtu sepanjang tahun.

8.      LOKASI AKTIVITI
            Studio Tari, Teater dan Filem (Bilik Muzik yang dipertingkatkan/upgrade)

9.      ANGGARAN PERBELANJAAN
        -null-


10.    JAWATANKUASA  PROJEK PEMBANGUNAN

Penasihat                     : Hjh Tuan Maimun Binti Tuan Sulaiman
                                      Pengetua SMK Membakut 2
Pengerusi                      : Cik Hjh Siti Ajar Binti Ali Hassan
              GPK Kokurikulum SMK Membakut 2
Pengurus                      : Encik Gerald Venantius
                                      Pengarah Projek
            Pen. Pengurus 1             : Encik Sahirulizan Bin Yusop
                                                  Jurulatih Seni Budaya
Pen. Pengurus 2             : Encik Shahzian Bin Mumin
                                                  Jurulatih Seni Budaya

10.    MODUL LATIHAN DAN PEMBELAJARAN
                                                                       
            a) Asas-asas seni persembahan pentas di Malaysia
            b) Asas-asas seni tarian di Malaysia
            c) Asas-asas seni lakonan pentas (teater untuk pendidikan)
            d) Asas-asas seni pembuatan filem (filem pendek, iklan dan filem mega)
            e) Asas-asas nyanyian Melayu (nyanyian tradisional dan patriotik Malaysia)
            f) Asas-asas seni muzik tradisional Malaysia
            g) Kebudayaan antara kaum di Malaysia             
           

11.    PENUTUP

            Dengan terlaksananya program pembangunan seni budaya dan seni perfileman di sekolah ini, diharapkan dapat membentuk pelajar supaya meggunakan masa lapang mereka dengan berguna. Selain itu, aktiviti ini dijangka dapat memupuk kekentalan fizilal, emosi dan mental yang tinggi dalam kalangan warga guru dan pelajar bagi menghadapi situasi yang agak mencabar.

3 comments:

  1. Salam. Saya adalah jurulatih sni budaya negara dalam bidang teater dan merupakan graduan Akademi Seni Budaya Kebangsaan di peringkat Ijazah dalam bidang Teater. Sekiranya saya berminat utk membantu perkembangan usaha ini, bagaimanakah caranya. Siapa yg saya perlu berhubung?

    ReplyDelete
  2. Sorry for late reply.. jawapannya saya pun tak tahu..tapi kita boleh berkolaborasi...sbb di daerah Beaufort ni seni persembahan umpama hidup segan mati pun segan...
    Tq.

    ReplyDelete
  3. Salam. Kami dari Persatuan Titian Teater Ilham Seni Selangor juga berminat untuk membantu sekiranya perlu. Boleh berhubung dengan Setiausaha Persatuan Kami 0169932931 atau teater.titis@gmail.com.

    Terima Kasih

    ReplyDelete