Tarikh : 18 - 20 Oktober 2013
Tempat : Asrama Kinabalu, Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah
Peserta : Wakil Kelab Pencinta Filem SMK seluruh Sabah.
Anjuran : Unit Promosi Finas
Muzri Abdullah
Noor Shuhadah Mohd Daud
Muhamad Asiff Romli
Fasilitator :
Juhara Ayob (ASWARA)
Rosman Ishak (ASWARA)
Ahmad Syazli Muhd Khiar (Pasaran Antarabangsa FINAS)
MEREKAYASA SENI BUDAYA WARISAN MENGHAMBAT PERFILEMAN MENUJU JATI DIRI ETNIKISME MALAYSIA
Sunday, 20 October 2013
Thursday, 28 February 2013
Wednesday, 27 February 2013
MODUL KOKURIKULUM
Huraian : Perkara 10. MODUL
LATIHAN DAN PEMBELAJARAN
a) Asas-asas seni persembahan pentas di Malaysia
- Meliputi cara
penyampaian persembahan, berkomunikasi dengan penonton melalui persembahan, tatacara dan disiplin sebelum,
semasa dan selepas persembahan dan tatacara
pengurusan pentas. Mengenal cara penyampaian Puisi klasik seperti syair, gurindam, seloka, pantun dan puisi
moden seperti sajak.
b) Asas-asas seni tarian di Malaysia
- Mengenal asal-usul
tarian melayu, tarian pelbagai bangsa dan etnik, langkah-langkah asas tarian, pola lantai atau
formasi, disiplin persembahan serta pengendalian keseragaman tari.
c) Asas-asas seni lakonan pentas (teater untuk pendidikan)
- Mengenal asal-usul seni
lakon nusantara, sejarah aliran serta zaman, memahami teks drama KOMSAS Bahasa Melayu KBSM, KOMSAS Bahasa Inggeris
KBSM dan Kesusasteraan Melayu KBSM
serta asas-asas lakonan mengikut aliran zaman.
d) Asas-asas seni pembuatan filem (filem pendek, iklan dan filem mega)
- Mengenal jenis-jenis
filem, aliran filem, tahun pembikinan, kritikan,
penganugerahan, sinematografi, aspek asas, storyboard, cara asas menghasilkan
filem, teknik kamera, skrip, suntingan, animasi, boom dan
audio, alih suara dan alih
bahasa, menghargai filem.
e) Asas-asas nyanyian Melayu (nyanyian tradisional dan patriotik Malaysia)
- Meliputi latihan asas
suara dan lontaran vokal secara tradisional, mengenal asal-usul nyanyian tradisional, etnik dan
patriotik serta cara membuat tarikan terhadap persembahan
nyayian klasik Melayu dan koir.
f) Asas-asas seni muzik tradisional Malaysia
-
Pengenalan kepada alat muzik tradisional yang meliputi alat muzik bertali
seperti gambus dan rebab, alat muzik
kulit seperti rebana dan kompang, alat muzik bertiup seperti serunai dan nafiri
dan alat muzik paluan besi seperti gong, bonang gamelan dan kulintangan serta tatacara permainan alatan tersebut.
g) Kebudayaan antara kaum di Malaysia
- Mengenal seni
persembahan pelbagai kaum di Malaysia, mempelajari serta menghormati seni persembahan tersebut.
AMALI
a) persembahan mendendangkan syair, gurindam, seloka dan pantun serta
mendeklemasi sajak.
b) Persembahan tarian joget, inang dan zapin.
c) Persembahan petikan Teater Bangsawan.
d) Persembahan nyanyian asli dan patriotik.
e) Persembahan paluan kompang dan formasi.
f) Persembahan 1 tradisi dari pelbagai kaum yang berbeza di Malaysia
g) Penayangan Filem pelbagai genre dan sesi kritikan
h) Penghasilan Iklan dan filem Pendek
KERTAS KERJA PROGRAM
PROGRAM PEMBANGUNAN
kelab SENI BUDAYA dan perfileman
SMK membakut 2
2013 - 2015
1. LATAR
BELAKANG
Umumnya
aktiviti seni budaya dan perfileman sama ada untuk pertandingan mahupun untuk
tujuan pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut 2 ini, ibarat hidup
segan mati tak mahu. Selain daripada perjumpaan mingguan Seni Budaya dan
Perfileman (yang dulunnya dikenali sebagai Kelab Seni Filem), tidak pernah ada
pertandingan seperti pertandingan tarian, teater, drama komsas dan filem pendek
yang disertai oleh pelajar sekolah ini secara sukarela mahupun atas arahan
sekolah. Apatah lagi pertandingan besar tahunan antara sekolah seperti
Pertandingan Tarian Sekolah-sekolah Menengah Malaysia, Pertandingan Drama IngerÃs
Sekolah-sekolah Menengah Malaysia, Pertandingan Nyanyian Patriotik,
Pertandingan Lagu Asli, Pertandingan penghasilan Video Pendek dan Iklan, dan
sebagainya.
Walau bagaimanapun, menjelang tahun 2012/2013
bermulanya pra projek pembangunan seni budaya dan perfileman di sekolah ini.
Dan seterusnya harapan agar pada tahun 2014 Daerah Beaufort umumnya dan Daerah
Kecil Membakut khususnya akan menghantar pasukan SMK Membakut 2 sebagai wakil
daerah ke pertandingan-pertandingan seumpamanya kelak, buat pertama kalinya.
2. MATLAMAT
Perancangan program
Pembangunan Seni Budaya dan Perfileman ini adalah bertujuan untuk menjadikan
SMK Membakut 2 sebagai Pusat Pengembangan serta Pembelajaran Seni Budaya, Seni
Persembahan dan Seni Perfileman dalam Daerah Beaufort yang ulung agar Daerah Beaufort
setanding dengan daerah lain seperti Bandaraya Kota Kinabalu dan daerah-daerah
lain dalam Negeri Sabah dalam aspek seni kebudayaan dan perfileman.
3. OBJEKTIF
1.
Menjadikan SMK Membakut 2 dan Daerah
Beaufort sebagai antara ’hab’ seni budaya ulung di Negeri Sabah.
2.
Melahirkan pelajar, guru dan masyarakat
yang celik kesenian dan kebudayaan rakyat Malaysia .
3.
Melahirkan pelajar, guru dan masyarakat
yang celik seni dan kritikan filem keluaran Malaysia dan antarabangsa.
4.
Melatih pelajar mematuhi disiplin sama ada
secara fizikal , mental dan emosi yang berkesan dalam menghadapi kehidupan yang
mencabar pada masa akan datang.
4. SASARAN
a)
Pada peringkat permulaan, sasaran adalah para pelajar
tingkatan 1, 2 dan 4, terutamanya ahli Kelab Seni Budaya dan Perfileman SMK Membakut
2
b)
Gelombang
kedua ialah para pelajar serta guru sekolah luar sama ada menengah atau rendah
dalam Daerah Beaufort.
c)
Sasaran
ketiga ialah kepada belia pemuda dan pemudi di sekitar kawasan sekolah ini.
5. JANGKA MASA
PROGRAM
a) Pra – 2012/2013
(sepanjang tahun)
b) aktiviti berjadual
sepanjang tahun – bermula 2013
6. SUMBER
KEWANGAN
Pembiayaan Unit
Kokurikulum SMK Membakut 2 .
Ihsan PIBG SMK Membakut 2.
7. CADANGAN AKTIVITI
PROGRAM
a) Aktiviti semasa kelas Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Pendedahan secara teratur dan bersistem dikendalikan semasa kelas.
Kelas yang terpilih ialah kelas tingkatan 4.
b) Aktiviti waktu petang
Terbuka kepada semua pelajar yang berminat.
Pendedahan dan pembelajaran mengenai asas-asas tarian
Malaysia.
Masa latihan bermula pada jam 4.30 petang hingga jam
5.30 petang.
Hari latihan ialah pada hari selasa dan khamis.
Diadakan sepanjang tahun.
c) Aktiviti hujung minggu
Terbuka kepada semua yang
berminat.
Pendedahan
berperingkat mengenai asas-asas seni persembahan dan
perfileman Malaysia.
Masa latihan bermula pada
jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari.
Hari latihan ialah pada setiap sabtu
sepanjang tahun.
8. LOKASI
AKTIVITI
Studio Tari, Teater dan Filem (Bilik Muzik yang
dipertingkatkan/upgrade)
9. ANGGARAN PERBELANJAAN
-null-
10. JAWATANKUASA PROJEK PEMBANGUNAN
Penasihat :
Hjh Tuan Maimun Binti Tuan Sulaiman
Pengetua
SMK Membakut 2
Pengerusi :
Cik Hjh Siti Ajar Binti Ali Hassan
GPK Kokurikulum SMK Membakut 2
Pengurus : Encik Gerald Venantius
Pengarah Projek
Pen. Pengurus 1 :
Encik Sahirulizan Bin Yusop
Jurulatih
Seni Budaya
Pen. Pengurus 2 :
Encik Shahzian Bin Mumin
Jurulatih
Seni Budaya
10. MODUL LATIHAN DAN PEMBELAJARAN
a) Asas-asas seni
persembahan pentas di Malaysia
b) Asas-asas seni tarian di Malaysia
c) Asas-asas seni lakonan
pentas (teater untuk pendidikan)
d) Asas-asas seni
pembuatan filem (filem pendek, iklan dan filem mega)
e) Asas-asas nyanyian Melayu (nyanyian tradisional dan
patriotik Malaysia)
f) Asas-asas seni muzik tradisional Malaysia
g) Kebudayaan antara kaum di Malaysia
11. PENUTUP
Dengan terlaksananya
program pembangunan seni budaya dan seni perfileman di sekolah ini, diharapkan
dapat membentuk pelajar supaya meggunakan masa lapang mereka dengan berguna.
Selain itu, aktiviti ini dijangka dapat memupuk kekentalan fizilal, emosi dan
mental yang tinggi dalam kalangan warga guru dan pelajar bagi menghadapi
situasi yang agak mencabar.
PERLEMBAGAAN KELAB
PERLEMBAGAAN
PERATURAN 1
NAMA DAN ALAMAT
NAMA KELAB: KELAB
SENI BUDAYA DAN PERFILEMAN
ALAMAT: SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN MEMBAKUT 2,
PETI SURAT 205, MEMBAKUT,
89727, SABAH.
PERATURAN 2
MATLAMAT
Memberi
peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
PERATURAN 3
OBJEKTIF
· Supaya
ahli dapat memupuk sifat bertanggungjawab dan disiplin diri semasa menjalankan
setiap aktiviti yang diadakan.
· Supaya
ahli dapat menghayati keindahan seni budaya dan filem Malaysia dan seterusnya
dapat diaplikasikan dalam proses pembelajaran.
PERATURAN 4
KEAHLIAN
·
Dibuka
kepada semua murid di sekolah ini.
·
Permohonan
menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
·
Ahli-ahli
mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada perlembagaan dan akan mengambil
bahagian dengan aktif bagi menjayakan tujuan persatuan ini.
PERATURAN 5
GURU PENASIHAT
·
Guru
penasihat adalah guru sekolah ini.
·
Guru
penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu
aktiviti.
·
Guru
penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.
PERATURAN 6
AHLI JAWATANKUASA
·
Dilantik
semasa Mesyuarat Agung.
·
Ahli
yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak
hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa.
·
Pemilihan
Ahli Jawatankuasa adalah secara undian.
·
Ahli
Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
·
Ahli
Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
·
Ahli
Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri daripada:
ü PENGERUSI
ü NAIB PENGERUSI
ü SETIAUSAHA
ü PENOLONG SETIAUSAHA
ü BENDAHARI
ü PENOLONG BENDAHARI
ü AHLI JAWATANKUASA (BILANGAN
BERGANTUNG KEPERLUAN)
ü PEMERIKSA KIRA-KIRA(2
ORANG)
v PENGERUSI
-
Mempengerusikan
semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
-
Meneliti
catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil
tindakan yang sewajarnya.
-
Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke masa.
v NAIB PENGERUSI
-
Membantu
pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
-
Mempengerusikan
mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
-
Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke masa.
v SETIAUSAHA
-
Menguruskan
hal-hal surat menyurat.
-
Mencatat
dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan persatuan.
-
Mencatat
kehadiran ahli.
-
Menyimpan
dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
-
Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke masa.
v NAIB PENGERUSI
-
Membantu
setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
-
Menjalankan
tugas setiausah semasa ketiadaan setiausaha.
-
Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke masa.
v BENDAHARI
-
Bertanggungjawab
berkenaan semua hal kewangan persatuan.
-
Membuat
dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab
atas kesahihannya.
-
Menyediakan
penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
-
Melaporkan
kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
-
Menyediakan
laporan kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam mesyuarat agung.
-
Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat.
v PENOLONG BENDAHARI
-
Menjalankan
tugas-tugas bendahari sewaktu ketiadaan bendahari.
-
Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke masa.
v AHLI JAWATANKUASA
-
Membantu
menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
-
Mempengerusikan
biro sekiranya dilantik.
-
Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke masa.
v PEMERIKSA KIRA-KIRA
-
Memeriksa,
menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertanggungjawab ke
atasnya.
-
Memastikan
pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
PERATURAN 8
KEWANGAN
·
Sumber
utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa mesyuarat
agung dan telah diputuskan sebanyak RM 5 seorang 1 semester.
·
Persatuan
juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
·
Ahli-ahli
yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelajaan besar boleh
dikenakan derma khas bagi membiayai perbelanjaan aktiviti tersebut.
·
Semua
pungutan atau penyimpanan boleh dimasukkan ke akaun SUWA sekolah sekiranya
mendapat kebenaran Pengetua atau Guru Besar.
PERATURAN 9
KEHADIRAN/PENYERTAAN
·
Ahli
kumpulan hendaklah dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan sepanjang tahun.
·
Kegagalan
berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat
tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum
boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
PERATURAN 10
AKTIVITI
·
Dijalankan
seperti yang dirancang dlaam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
·
Sebarang
pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan untuk
pengetahuan ahli.
PERATURAN 11
PERATURAN-PERATURAN
·
Peraturan
sekolah menjadi peraturan asas.
·
Peratuaran
khas hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
·
Ahli-ahli
yang ,melanggar peratuaran akan dikenakan tindakan tatatertib.
PERATURAN 12
TINDAKAN DISIPLIN
·
Tindakan
akan diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
·
Tindakan
disiplin adalah mengikut cara berikut:
v Amaran
lisan.
v Amaran
bertulis.
v Ahli
yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh guru boleh membuat
rayuan kepada guru penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan guru
penasihat adalah muktamad.
PERATURAN 13
PINDAAN PERLEMBAGAAN
·
Mana-mana
bahagian dalam perlembagaan ini adalah sah sehingga perlembagaan ini dipinda.
·
Cadangan
pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru penasihat
atau pentadbir sekolah secara bertulis.
·
Satu
mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
·
Setiap
pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh
pengetua/guru besar.
PERATURAN 14
PEMBUBARAN PERSATUAN
·
Pengetua
diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan
dan Falsafah Pendidikan Negara. Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan
diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.
PERATURAN 15
HAL-HAL LAIN
·
Setiap
ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
·
Ahli-ahli
hendaklah sentiasa peka dan mengiku aktiviti dengan penuh minat.
TARIKH KUAT KUASA : 04 JANUARI 2003
Subscribe to:
Posts (Atom)