Wednesday 27 February 2013

Aktiviti Amali Pertama : Tarian

Tarikh : 27 Februari 2013
Tempat : Bilik Muzik
Masa : 2.40 - 3.40 petang 













MODUL KOKURIKULUM


Huraian :  Perkara 10.        MODUL LATIHAN DAN PEMBELAJARAN
                                                                       
a) Asas-asas seni persembahan pentas di Malaysia
            - Meliputi cara penyampaian persembahan, berkomunikasi dengan penonton melalui      persembahan, tatacara dan disiplin sebelum, semasa dan selepas persembahan dan tatacara pengurusan pentas. Mengenal cara penyampaian Puisi klasik seperti syair, gurindam, seloka, pantun dan puisi moden seperti sajak.

b) Asas-asas seni tarian di Malaysia
            - Mengenal asal-usul tarian melayu, tarian pelbagai bangsa dan etnik, langkah-langkah asas tarian, pola lantai atau formasi, disiplin persembahan serta pengendalian   keseragaman tari.

c) Asas-asas seni lakonan pentas (teater untuk pendidikan)
            - Mengenal asal-usul seni lakon nusantara, sejarah aliran serta zaman, memahami teks drama KOMSAS Bahasa Melayu KBSM, KOMSAS Bahasa Inggeris KBSM dan    Kesusasteraan Melayu KBSM serta asas-asas lakonan mengikut aliran zaman.

d) Asas-asas seni pembuatan filem (filem pendek, iklan dan filem mega)
            - Mengenal jenis-jenis filem, aliran filem, tahun pembikinan, kritikan,
penganugerahan, sinematografi, aspek asas, storyboard, cara asas menghasilkan
filem, teknik kamera, skrip, suntingan, animasi, boom dan audio, alih suara dan alih
bahasa, menghargai filem.

e) Asas-asas nyanyian Melayu (nyanyian tradisional dan patriotik Malaysia)
            - Meliputi latihan asas suara dan lontaran vokal secara tradisional, mengenal asal-usul             nyanyian tradisional, etnik dan patriotik serta cara membuat tarikan terhadap persembahan nyayian klasik Melayu dan koir.

f) Asas-asas seni muzik tradisional Malaysia
            - Pengenalan kepada alat muzik tradisional yang meliputi alat muzik bertali seperti      gambus dan rebab, alat muzik kulit seperti rebana dan kompang, alat muzik bertiup      seperti serunai dan nafiri  dan alat muzik paluan besi seperti gong, bonang gamelan   dan kulintangan serta  tatacara permainan alatan tersebut.

g) Kebudayaan antara kaum di Malaysia
            - Mengenal seni persembahan pelbagai kaum di Malaysia, mempelajari serta     menghormati seni persembahan tersebut.

AMALI
a) persembahan mendendangkan syair, gurindam, seloka dan pantun serta mendeklemasi  sajak.
b) Persembahan tarian joget, inang dan zapin.
c) Persembahan petikan Teater Bangsawan.
d) Persembahan nyanyian asli dan patriotik.
e) Persembahan paluan kompang dan formasi.
f) Persembahan 1 tradisi dari pelbagai kaum yang berbeza di Malaysia
g) Penayangan Filem pelbagai genre dan sesi kritikan
h) Penghasilan Iklan dan filem Pendek

KERTAS KERJA PROGRAM


PROGRAM PEMBANGUNAN
kelab  SENI  BUDAYA  dan perfileman
SMK membakut 2
2013 - 2015

1.      LATAR BELAKANG

            Umumnya aktiviti seni budaya dan perfileman sama ada untuk pertandingan mahupun untuk tujuan pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut 2 ini, ibarat hidup segan mati tak mahu. Selain daripada perjumpaan mingguan Seni Budaya dan Perfileman (yang dulunnya dikenali sebagai Kelab Seni Filem), tidak pernah ada pertandingan seperti pertandingan tarian, teater, drama komsas dan filem pendek yang disertai oleh pelajar sekolah ini secara sukarela mahupun atas arahan sekolah. Apatah lagi pertandingan besar tahunan antara sekolah seperti Pertandingan Tarian Sekolah-sekolah Menengah Malaysia, Pertandingan Drama Ingerís Sekolah-sekolah Menengah Malaysia, Pertandingan Nyanyian Patriotik, Pertandingan Lagu Asli, Pertandingan penghasilan Video Pendek dan Iklan, dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, menjelang tahun 2012/2013 bermulanya pra projek pembangunan seni budaya dan perfileman di sekolah ini. Dan seterusnya harapan agar pada tahun 2014 Daerah Beaufort umumnya dan Daerah Kecil Membakut khususnya akan menghantar pasukan SMK Membakut 2 sebagai wakil daerah ke pertandingan-pertandingan seumpamanya kelak, buat pertama kalinya.

2.      MATLAMAT

            Perancangan program Pembangunan Seni Budaya dan Perfileman ini adalah bertujuan untuk menjadikan SMK Membakut 2 sebagai Pusat Pengembangan serta Pembelajaran Seni Budaya, Seni Persembahan dan Seni Perfileman dalam Daerah Beaufort yang ulung agar Daerah Beaufort setanding dengan daerah lain seperti Bandaraya Kota Kinabalu dan daerah-daerah lain dalam Negeri Sabah dalam aspek seni kebudayaan dan perfileman.


3.      OBJEKTIF

1.             Menjadikan SMK Membakut 2 dan Daerah Beaufort sebagai antara ’hab’ seni budaya ulung di Negeri Sabah.
2.             Melahirkan pelajar, guru dan masyarakat yang celik kesenian dan kebudayaan rakyat Malaysia.
3.             Melahirkan pelajar, guru dan masyarakat yang celik seni dan kritikan filem keluaran Malaysia dan antarabangsa.
4.             Melatih pelajar mematuhi disiplin sama ada secara fizikal , mental dan emosi yang berkesan dalam menghadapi kehidupan yang mencabar pada masa akan datang.
  
4.      SASARAN

a)   Pada peringkat permulaan, sasaran adalah para pelajar tingkatan 1, 2 dan 4, terutamanya ahli Kelab Seni Budaya dan Perfileman SMK Membakut 2
b)    Gelombang kedua ialah para pelajar serta guru sekolah luar sama ada menengah atau rendah dalam Daerah Beaufort.
c)    Sasaran ketiga ialah kepada belia pemuda dan pemudi di sekitar kawasan sekolah ini.


5.      JANGKA MASA PROGRAM  

            a) Pra – 2012/2013 (sepanjang tahun)
            b) aktiviti berjadual sepanjang tahun – bermula 2013

6.      SUMBER KEWANGAN
            Pembiayaan Unit Kokurikulum SMK Membakut 2 .
            Ihsan PIBG SMK Membakut 2.

7.      CADANGAN AKTIVITI PROGRAM
       
a) Aktiviti semasa kelas Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
            Pendedahan secara teratur dan bersistem dikendalikan semasa kelas.
            Kelas yang terpilih ialah kelas tingkatan 4.

b) Aktiviti waktu petang
            Terbuka kepada semua pelajar yang berminat.
            Pendedahan dan pembelajaran mengenai asas-asas tarian Malaysia.
            Masa latihan bermula pada jam 4.30 petang hingga jam 5.30 petang.
            Hari latihan ialah pada hari selasa dan khamis.
            Diadakan sepanjang tahun.

c) Aktiviti hujung minggu
                Terbuka kepada semua yang berminat.
                        Pendedahan berperingkat mengenai asas-asas seni persembahan dan
perfileman Malaysia.
                        Masa latihan bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari.
                        Hari latihan ialah pada setiap sabtu sepanjang tahun.

8.      LOKASI AKTIVITI
            Studio Tari, Teater dan Filem (Bilik Muzik yang dipertingkatkan/upgrade)

9.      ANGGARAN PERBELANJAAN
        -null-


10.    JAWATANKUASA  PROJEK PEMBANGUNAN

Penasihat                     : Hjh Tuan Maimun Binti Tuan Sulaiman
                                      Pengetua SMK Membakut 2
Pengerusi                      : Cik Hjh Siti Ajar Binti Ali Hassan
              GPK Kokurikulum SMK Membakut 2
Pengurus                      : Encik Gerald Venantius
                                      Pengarah Projek
            Pen. Pengurus 1             : Encik Sahirulizan Bin Yusop
                                                  Jurulatih Seni Budaya
Pen. Pengurus 2             : Encik Shahzian Bin Mumin
                                                  Jurulatih Seni Budaya

10.    MODUL LATIHAN DAN PEMBELAJARAN
                                                                       
            a) Asas-asas seni persembahan pentas di Malaysia
            b) Asas-asas seni tarian di Malaysia
            c) Asas-asas seni lakonan pentas (teater untuk pendidikan)
            d) Asas-asas seni pembuatan filem (filem pendek, iklan dan filem mega)
            e) Asas-asas nyanyian Melayu (nyanyian tradisional dan patriotik Malaysia)
            f) Asas-asas seni muzik tradisional Malaysia
            g) Kebudayaan antara kaum di Malaysia             
           

11.    PENUTUP

            Dengan terlaksananya program pembangunan seni budaya dan seni perfileman di sekolah ini, diharapkan dapat membentuk pelajar supaya meggunakan masa lapang mereka dengan berguna. Selain itu, aktiviti ini dijangka dapat memupuk kekentalan fizilal, emosi dan mental yang tinggi dalam kalangan warga guru dan pelajar bagi menghadapi situasi yang agak mencabar.

PERLEMBAGAAN KELAB


PERLEMBAGAAN
PERATURAN 1
NAMA DAN ALAMAT
NAMA KELAB: KELAB SENI BUDAYA DAN PERFILEMAN
ALAMAT: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MEMBAKUT 2,
                  PETI SURAT 205,  MEMBAKUT,
                  89727, SABAH.

PERATURAN 2
MATLAMAT
Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3
OBJEKTIF
·   Supaya ahli dapat memupuk sifat bertanggungjawab dan disiplin diri semasa menjalankan setiap aktiviti yang diadakan.
·      Supaya ahli dapat menghayati keindahan seni budaya dan filem Malaysia dan seterusnya dapat diaplikasikan dalam proses pembelajaran.

PERATURAN 4
KEAHLIAN
·         Dibuka kepada semua murid di sekolah ini.
·         Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
·         Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan aktif bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 5
GURU PENASIHAT
·         Guru penasihat adalah guru sekolah ini.
·         Guru penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.
·         Guru penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN 6
AHLI JAWATANKUASA
·         Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
·         Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
·         Pemilihan Ahli Jawatankuasa adalah secara undian.
·         Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
·         Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
·         Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri daripada:
ü  PENGERUSI
ü  NAIB PENGERUSI
ü  SETIAUSAHA
ü  PENOLONG SETIAUSAHA
ü  BENDAHARI
ü  PENOLONG BENDAHARI
ü  AHLI JAWATANKUASA (BILANGAN BERGANTUNG KEPERLUAN)
ü  PEMERIKSA KIRA-KIRA(2 ORANG)

v  PENGERUSI
-       Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
-       Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
-       Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke masa.
v  NAIB PENGERUSI
-       Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
-       Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
-       Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke masa.
v  SETIAUSAHA
-       Menguruskan hal-hal surat menyurat.
-       Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan persatuan.
-       Mencatat kehadiran ahli.
-       Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
-       Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke masa.
v  NAIB PENGERUSI
-       Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
-       Menjalankan tugas setiausah semasa ketiadaan setiausaha.
-       Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke masa.
v  BENDAHARI
-       Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan.
-       Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya.
-       Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
-       Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
-       Menyediakan laporan kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam mesyuarat agung.
-       Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat.

v  PENOLONG BENDAHARI
-       Menjalankan tugas-tugas bendahari sewaktu ketiadaan bendahari.
-       Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke masa.
v  AHLI JAWATANKUASA
-       Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
-       Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
-       Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke masa.
v  PEMERIKSA KIRA-KIRA
-       Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertanggungjawab ke atasnya.
-       Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

PERATURAN 8
KEWANGAN
·         Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa mesyuarat agung dan telah diputuskan sebanyak RM 5 seorang 1 semester.
·         Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
·         Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelajaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai perbelanjaan aktiviti tersebut.
·         Semua pungutan atau penyimpanan boleh dimasukkan ke akaun SUWA sekolah sekiranya mendapat kebenaran Pengetua atau Guru Besar.

PERATURAN 9
KEHADIRAN/PENYERTAAN
·         Ahli kumpulan hendaklah dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.
·         Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 10
AKTIVITI
·         Dijalankan seperti yang dirancang dlaam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
·         Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan untuk pengetahuan ahli.

PERATURAN 11
PERATURAN-PERATURAN
·         Peraturan sekolah menjadi peraturan asas.
·         Peratuaran khas hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
·         Ahli-ahli yang ,melanggar peratuaran akan dikenakan tindakan tatatertib.


PERATURAN 12
TINDAKAN DISIPLIN
·         Tindakan akan diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
·         Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
v  Amaran lisan.
v  Amaran bertulis.
v  Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh guru boleh membuat rayuan kepada guru penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13
PINDAAN PERLEMBAGAAN
·         Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini adalah sah sehingga perlembagaan ini dipinda.
·         Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
·         Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
·         Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh pengetua/guru besar.

PERATURAN 14
PEMBUBARAN PERSATUAN
·         Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

PERATURAN 15
HAL-HAL LAIN
·         Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
·         Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengiku aktiviti dengan penuh minat. 

TARIKH KUAT KUASA : 04 JANUARI 2003